Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI UBK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI UBK. Papar semua catatan
Khamis, 11 Mac 2010
PELANCARAN PROGRAM PERMATA SERI TITIWANGSA 2010
Selasa, 23 Februari 2010
URIN TEST PELAJAR-PELAJAR
Pelajar-pelajar menonton video bahaya dan akibat daripada pemgambilan najis dadah dan kesan daripada menghisap rokok di bilik seminar bersama kaunselor pelajar.
Encik Mohd Nur Najmi bin Nuji, Penolong Pegawai Antidadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang memberi penerangan dan penjelasan mengenai program atau aktiviti Urin Test pada hari ini.
Sebahagian pelajar sedang mendengar penjelasan dan taklimat
Pembantu daripada AADK sedang melakukan ujian terhadap air kencing pelajar-pelajar.
Pada 22 Feb 2010 (Isnin) Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasasama daripada Lembaga Disiplin SMKST telah menjalankan aktiviti Ujian Air Kencing (urin test) terhadap pelajar-pelajar. Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pihak AADK Kebangsaan telah datang ke sekolah menjalankan pemeriksaan air kencing terhadap pelajar-pelajar berkenaan. Seramai 40 pelajar yang telah dipilih di dalam aktiviti ini. Antara objektif program atau aktiviti ini adalah untuk melakukan pencegahan pelajar-pelajar daripada terlibat dengan aktiviti pengambilan najis dadah. Alhamdulillah.. setelah menjalankan ujian air kencing pelajar-pelajar berkenaan, semua pelajar yang terlibat bebas daripada pengambilan najis dadah. TAHNIAH PELAJAR-PELAJAR SMKST.
Sabtu, 13 Februari 2010
PELANCARAN PROGRAM 4 S TAHUN KEDUA :SMKST MENDAPAT SAMBUTAN PELAJAR
11 Jan 2010. SMKST. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program 4S. Ini merupakan tahun kedua SMKST melancarkan program 4S. Majlis Pelancaran Program 4S telah dirasmikan oleh Datin Nor Azizah bt Sulaiman selaku pengetua SMKST.
Budaya positif di sesebuah sekolah merupaka suatu perkara yang penting bagi membentuk suasana yang harmoni di sekolah. Tanpa budaya yang positif, sekolah akan menjadi terumbang-ambing dan menyebabkan suasana yang tidak harmoni berlaku.
Tidak dinafikan penerapan budaya yang positif secara tidak langsung akan dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Maka dengan sehubungan dengan itu, Kempen 4S diadakan bagi menimbulkan suasana positif di kalangan warga SMKST. 4S ini merangkumi kata singkatan bagi SALAM, SAPA, SENYUM DAN SMART.
SALAM: Iaitu memberi salam (assalamualaikum bagi pelajar-pelajar Islam bila berjumpa dengan guru-guru atau sesama rakan-rakan pelajar Islam). Selain daripada itu, Salam sejahtera (bagi pelajar bukan Islam) bila berjumpa dengan guru yang Islam atau rakan-rakan bukan Islam. Kebaikannya memberi salam dikalangan warga SMKST dapat mengeratkan hubungan sesama warga SMKST dan menjadi suasana yang lebih mesra dan ceria dikalangan warga SMKST.
SAPA: Iaitu bertanya khabar bila berjumpa, seperti "apa khabar cikgu? Cikgu sihat? Amin bagaimana hari ini? dan sebagainya. Amalan memberi sapa ini akan dapat merapatkan hubungan di antara warga sekolah di antara cikgu dengan pelajar, cikgu dengan cikgu, pelajar dengan pelajar.
SENYUM: Iaitu memberikan senyuman dengan ikhlas serta bermanis muka.
SMART: Iaitu pelajar-pelajar mestilah berpakaian kemas, seperti rambut pendek, kuku dipotong, baju yang lengkap mempunyai name tag, lencana sekolah, dan memakai tali leher.
Diharapkan seluruh warga dapat mengamalkan 4S bagi membantu pihak sekolah mencapai visi sekolah iaitu SMKST cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2012. Insyallah.
Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang tandatangan pada banting
Program 4S
Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang memakai lencana 4S kepada pelajar-pelajar yang dianugerah pelajar 4S
BENGKEL MENULIS RESUME DAN TEMUDUGA TAHUN 2009
Pada 16 Julai 2009 baru-baru ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama dengan PTPTL Ampang dengan mengadakan bengkel penulisan resume dan temuduga. Tingkatan yang terlibat dengan bengkel ini ialah Tingkatan 5 Bestari, 5 Dinamik, 5 Kreatif dan 5 Intelek. Objektif Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan Bengkel Penulisan Resume dan Temuduga adalah untuk memberi pendedahan tentang cara-cara untuk menulis resume dan dan sebagai persediaan untuk menghadapi temuduga apabila selepas tamat alam persekolahan. Dan sebagai persediaan sebelum langkah ke alam kerjaya. Daripada pemerhatian, pihak UBK mendapati pelajar-pelajar amat berminat serta memberi respon yang amat positif mengenai bengkel yang telah dijalankan.
PAMERAN KERJAYA 2009
Langgan:
Catatan (Atom)







