Selasa, 23 Februari 2010

URIN TEST PELAJAR-PELAJAR

Pelajar-pelajar menonton video bahaya dan akibat daripada pemgambilan najis dadah dan kesan daripada menghisap rokok di bilik seminar bersama kaunselor pelajar.

 
Encik Mohd Nur Najmi bin Nuji, Penolong Pegawai Antidadah daripada  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang memberi penerangan dan penjelasan mengenai program atau aktiviti Urin Test pada hari ini.


Sebahagian pelajar sedang mendengar penjelasan dan taklimat


Pembantu daripada AADK sedang melakukan ujian terhadap air kencing pelajar-pelajar.

Pada 22 Feb 2010 (Isnin) Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasasama daripada Lembaga Disiplin SMKST telah menjalankan aktiviti Ujian Air Kencing (urin test) terhadap pelajar-pelajar. Pihak sekolah  telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pihak AADK Kebangsaan telah datang ke sekolah menjalankan pemeriksaan air kencing terhadap pelajar-pelajar berkenaan. Seramai 40 pelajar yang telah dipilih di dalam aktiviti ini. Antara objektif program atau aktiviti ini adalah untuk melakukan pencegahan pelajar-pelajar daripada terlibat dengan aktiviti pengambilan najis dadah. Alhamdulillah.. setelah menjalankan ujian air kencing pelajar-pelajar berkenaan, semua pelajar yang terlibat bebas daripada pengambilan najis dadah. TAHNIAH PELAJAR-PELAJAR SMKST.

Rabu, 17 Februari 2010

LATIHAN KEBAKARAN KALI 1 TAHUN 2010

 
Cikgu Jamal sedang memberi taklimat mengenai langkah-langkah 
keselamatan kepada pelajar-pelajar


Pelajar-pelajar sedang berkumpul di padang sekolah semasa latihan kebakaran 


Pelajar-pelajar sedang berbaris semasa mendengar taklimat kebakaran.

Latihan kebakaran merupakan satu perkara yang penting bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar semasa di kawasan sekolah. Latihan kebakaran ini satu langkah awal bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai langkah-langkah yang perlu bertindak sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.

PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR TINGKATAN 3

 
 Salah seorang pelajar sedang menjalani pemeriksaan kesihatan

Pelajar sedang menerima suntikan daripada jururawat kesihatan

Unit Kesihatan SMKST dengan kerjasama Jabatan Kesihatan DBKL  telah menjalani pemeriksaan kesihatan kepada semua pelajar tingkatan 3. Pemeriksaan kesihatan ini telah dijalankan di bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKST. Pemeriksaan ini merupakan program tahunan Unit Kesihatan SMKST sebagai satu pencegahan awal bagi memastikan tahap kesihatan pelajar-pelajar dan seluruh warga SMKST sihat dan sejahtera. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan DBKL di atas kerjasama yang telah diberikan.

Ahad, 14 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Di kesempatan ini,  mengucapkan TAHUN BARU CINA kepada semua pelajar-pelajar Cina SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semoga sempena tahun baru cina pada tahun ini dikenali sebagai Tahun Harimau pelajar-pelajar mempunyai keazaman dan motivasi yang hebat untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan dengan semangat harimau. Selamat Tahun Baru Cina.

Sabtu, 13 Februari 2010

PELANCARAN PROGRAM 4 S TAHUN KEDUA :SMKST MENDAPAT SAMBUTAN PELAJAR

 
11 Jan 2010. SMKST. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melancarkan program 4S. Ini merupakan tahun kedua SMKST melancarkan program 4S. Majlis Pelancaran Program 4S telah dirasmikan oleh Datin Nor Azizah bt Sulaiman selaku pengetua SMKST.

Budaya positif di sesebuah sekolah merupaka suatu perkara yang penting bagi membentuk suasana yang harmoni di sekolah. Tanpa budaya yang positif, sekolah akan menjadi terumbang-ambing dan menyebabkan suasana yang tidak harmoni berlaku. 
Tidak dinafikan penerapan budaya yang positif secara tidak langsung akan dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Maka dengan sehubungan dengan itu, Kempen 4S diadakan bagi menimbulkan suasana positif di kalangan warga SMKST. 4S ini merangkumi kata singkatan bagi SALAM, SAPA, SENYUM DAN SMART.

SALAM:  Iaitu memberi salam (assalamualaikum bagi pelajar-pelajar Islam bila berjumpa dengan guru-guru atau sesama rakan-rakan pelajar Islam). Selain daripada itu, Salam sejahtera (bagi pelajar bukan Islam) bila berjumpa dengan guru yang Islam atau rakan-rakan bukan Islam. Kebaikannya memberi salam dikalangan warga SMKST dapat mengeratkan hubungan sesama warga SMKST dan menjadi suasana yang lebih mesra dan ceria dikalangan warga SMKST.

SAPA:  Iaitu bertanya khabar bila berjumpa, seperti "apa khabar cikgu? Cikgu sihat? Amin bagaimana hari ini? dan sebagainya. Amalan memberi sapa ini akan dapat merapatkan hubungan di antara warga sekolah di antara cikgu dengan pelajar, cikgu dengan cikgu, pelajar dengan pelajar. 

SENYUM:  Iaitu memberikan senyuman dengan ikhlas serta bermanis muka.

SMART:  Iaitu pelajar-pelajar mestilah berpakaian kemas, seperti rambut pendek, kuku dipotong, baju yang lengkap mempunyai name tag, lencana sekolah, dan  memakai tali leher.
 
Diharapkan seluruh warga dapat mengamalkan 4S bagi  membantu pihak sekolah mencapai visi sekolah iaitu SMKST cemerlang dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2012. Insyallah.

 
Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang tandatangan pada banting 
Program 4S

 
 
 

 
Datin Nur Azizah bt Sulaiman (Pengetua SMKST) sedang memakai lencana 4S kepada pelajar-pelajar yang dianugerah pelajar 4S

HARI MERENTAS DESA 2010

  
  
  
  
  
 
  
  
    
 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  
 

SEKITAR MESYUARAT AGONG BADAN UNIFORM SMKST 2010



Pembarisan Badan Uniform Wushu



Pembarisan Badan Uniform Silat





 Pembarisan Pasukan Badan-Badan Uniform SMKST sambil menyanyikan lagu Negaraku



Pembarisan Badan Uniform Pasukan Bulan Sabit Merah


 
 Pembarisan Badan Uniform Kadet Polis


 
Pembarisan Badan Uniform Bomba dan Penyelamat


 
Pembarisan Badan Uniform Kadet Polis dengan segaknya.


 
Mesyuarat Badan Uniform Pasukan Bulan Sabit Merah

 
Mesyuarat Badan Uniform Pasukan Silat Sekolah


 

 
Mesyuarat Badan Uniform Kadet Remaja Sekolah


 
Mesyuarat Badan Uniform Taekwando Sekolah



Mesyuarat Badan Uniform Wushu


 

 

 
Mesyuarat Badan Uniform Pasukan Bomba dan Penyelamat


 

 
Mesyuarat Badan Uniform  Pasukan Kadet Polis
 


Blogger Template By LawnyDesigns