Datin Nor Azizah Bt Sulaiman (Pengetua) sedang memberi ucapan perasmiaan dan pelancaran program Permata Seri Titiwangsa.
Khamis, 11 Mac 2010
Selasa, 23 Februari 2010
URIN TEST PELAJAR-PELAJAR
Pelajar-pelajar menonton video bahaya dan akibat daripada pemgambilan najis dadah dan kesan daripada menghisap rokok di bilik seminar bersama kaunselor pelajar.
Encik Mohd Nur Najmi bin Nuji, Penolong Pegawai Antidadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang memberi penerangan dan penjelasan mengenai program atau aktiviti Urin Test pada hari ini.
Sebahagian pelajar sedang mendengar penjelasan dan taklimat
Pembantu daripada AADK sedang melakukan ujian terhadap air kencing pelajar-pelajar.
Pada 22 Feb 2010 (Isnin) Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasasama daripada Lembaga Disiplin SMKST telah menjalankan aktiviti Ujian Air Kencing (urin test) terhadap pelajar-pelajar. Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang baik daripada Pihak AADK Kebangsaan telah datang ke sekolah menjalankan pemeriksaan air kencing terhadap pelajar-pelajar berkenaan. Seramai 40 pelajar yang telah dipilih di dalam aktiviti ini. Antara objektif program atau aktiviti ini adalah untuk melakukan pencegahan pelajar-pelajar daripada terlibat dengan aktiviti pengambilan najis dadah. Alhamdulillah.. setelah menjalankan ujian air kencing pelajar-pelajar berkenaan, semua pelajar yang terlibat bebas daripada pengambilan najis dadah. TAHNIAH PELAJAR-PELAJAR SMKST.
Rabu, 17 Februari 2010
LATIHAN KEBAKARAN KALI 1 TAHUN 2010
Cikgu Jamal sedang memberi taklimat mengenai langkah-langkah
keselamatan kepada pelajar-pelajar
Pelajar-pelajar sedang berkumpul di padang sekolah semasa latihan kebakaran
Pelajar-pelajar sedang berbaris semasa mendengar taklimat kebakaran.
Latihan kebakaran merupakan satu perkara yang penting bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar semasa di kawasan sekolah. Latihan kebakaran ini satu langkah awal bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai langkah-langkah yang perlu bertindak sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.
PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR TINGKATAN 3
Salah seorang pelajar sedang menjalani pemeriksaan kesihatan
Pelajar sedang menerima suntikan daripada jururawat kesihatan
Unit Kesihatan SMKST dengan kerjasama Jabatan Kesihatan DBKL telah menjalani pemeriksaan kesihatan kepada semua pelajar tingkatan 3. Pemeriksaan kesihatan ini telah dijalankan di bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKST. Pemeriksaan ini merupakan program tahunan Unit Kesihatan SMKST sebagai satu pencegahan awal bagi memastikan tahap kesihatan pelajar-pelajar dan seluruh warga SMKST sihat dan sejahtera. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan DBKL di atas kerjasama yang telah diberikan.
Langgan:
Catatan (Atom)